Thursday, January 13, 2011

Lagi isu couple..?

Sudah terlanjur ber`couple`?

Seperkara yang menarik ialah bagaimana keadaannya bagi pasangan yang sudah terlanjur bercouple? Apakah perlu memutuskannya serta merta atau meneruskannya saja.Jika diputuskan,hai….takut-takut nanti ada pula yang merana.jatuh cinta samalah seperti jatuhnya hati.Hati bila sudah tertawan,sangat bahaya..!!kerana hati itu umpama kerajaan dalam diri manusia..

Bayangkan,kalau raja sudah tertawan,maka rakyat yang lain akan ditimpa kesusahan.itulah yang menyebabkan tidur tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang.Cinta bila sudah terlanjur diberikan,umpamanya kenderaan yang sedang meluncur laju..Jika dibrek secara tiba-tiba,nanti akan accident..!Jadilah pemandu berhemah.jangan brek mengejut ya!!

Jadi,bolehkah bercouple diteruskan?Jika ya,bagaimana ya..?telah ditegaskan bahawa bercouple tidak salah.Tetapi,ikutlah garis panduannya dan peraturannya.Yakinlah dengan janji Allah melalui lidah kekasihnya yakni Nabi Muhammad s.a.w. yang pernah bersabda,

“Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram(kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal.”[al hadith]

Yang penting,tanyalah diri sendiri.`Untuk apa aku bercouple?’ Jika niatnya benar-benar suci,yakni untuk bernikah maka peliharalah niat yang suci itu sebaiknya.JANGAN dicemari dengan dengan perbuatan yang kotor lagi maha jijik!! Tetapi sekiranya niat suka-suka,maka hentikanlah.Takut syaitan suka mencelah,apatah lagi bagi pasangan yang sering berduaan di tempat sunyi.Ingat selalu pesan Rasullullah s.a.w. Tidak berdua-duaan lelaki dan perempuan ditempat yang sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya.

Couple yang begini akan terdedah kepada keburukan,samada yang menimpa pihak lelaki mahupun pihak wanita atau kedua-duanya sekali.Kekadang,bila madu telah diseri,kumbang pun terbang pergi.Atau bila kumbang jati yang lebih macho datang,bunga di taman disambar pergi.

Lalu terdengar jeritan batnku namun tiada suara,aku gagak di rimba dan engkau merak kayangan hinggalah kepada kata-kata yang mencalarkan iman umpamanya “Oh tuhan,cabutlah nyawaku (hanya kerana putus cinta).” Ish..ish..ish… Selalulah kita beringat,bahawa tidak ketenangan dan kebahagiaan apabila kita membelakangkan hukum Allah.

Bagi couple yang benar-benar serius pula,ingatlah bahawa semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan bebas sebelum berkahwin sebelum berkahwin,maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan kita sebagai suami isteri nanti(selepas berkahwin).Sebaliknya semakin kita dapat mengawal diri kita dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh islam.Maka semakin manislah cinta kita nanti..

Buat lelaki,jika anda benar-benar sayangkan si dia.Hormatilah dia,peliharalah dia dan perlakukan si dia sewajarnya seperti orang yang anda sayang.Jangan hancurkan hidup dia hanya kerana keseronokan yang sementara.Jika sayangkan permata,maka tempatkanlah permata itu di tempat yang sewajarnya.tempat itu mestilah selamat,terlindung dan dilindungi.Jangan sesekali didedahkan,disepahkan.Jangan manisnya dikecap,sepahnya dibuang.

Bagi jejaka,jika anda sayangkan si dia.Maka jagalah kehormatan si dia-bakal ibu kepada anak anda nanti.Sesungguhnya hanya ibu yang baik dapat mendidik anak yang baik.

2 comments:

MaMaikah? said...

like!

Anonymous said...

http://lasiaf87.wordpress.com/2007/05/09/tiada-couple-dalam-islam/